ADAB KERIS
Apabila seseorang anak Melayu
ingin belajar tentang keris, seseorang itu hendaklah mempunyai & menghadap
tuan gurunya terlebih dahulu. Lazimnya, dalam proses mengenal dan mempelajari tentang
keris, seseorang yang paling relevan untuk ditemui ialah golongan guru-guru
silat. Pada
peringkat permulaan, tuan guru akan menggunakan keris kayu sebagai alat
kemahiran kepada pelajarnya iaitu menerusi dunia persilatan. Apabila
pembelajaran telah tamat dan tuan guru benar-benar yakin dengan keaplikasian
dan kemahiran pelajarnya dalam menggunakan senjata berkenaan, barulah keris
besi yang sebenar akan dibenar untuk digunakan dan dipraktikkan oleh pelajar
yang terbabit.
Keris merupakan senjata yang
tidak boleh 'dibuang' atau digunakan sesuka hati untuk sebarang tujuan
pertarungan misalnya seperti peperangan. Pada zaman tradisional
iaitu ketika berlaku peperangan misalnya, senjata besi yang terawal
digunakan orang Melayu adalah dari kategori 'besi panjang' seperti panah dan
lembing. Keris, tumbuk lada, kerambit dan senjata kecil lain pula hanya
dipraktikkan sebagai senjata mempertahankan diri khususnya ketika membela
maruah seseorang bangsa Melayu.
Keris adalah alat besi yang
amat tinggi nilainya di antara senjata klasik yang lain terutama dari
perspektif maruah bangsa Melayu. Hal ini adalah kerana keris bukan senjata yang
bebas digunakan untuk melepaskan dendam amarah kepada mana-mana individu yang
mempunyai sebarang konflik yang akan berakhir dengan pertarungan. Ia merupakan
senjata warisan yang tinggi nilai martabatnya. Penggunaan keris dalam
pertarungan adalah bersandarkan kepada kriteria-kriteria tertentu. Ianya bole
dilihat dari sudut golongan tahap kedudukan seseorang yang terlibat dalam
heararki masyarakat serta tujuan sesuatu pertarungan itu dilakukan.
Pada
zaman tradisional, lazimnya hanya golongan tertentu yang memiliki
seterusnya menggunakan keris. Golongan yang dimaksudkan ialah seperti golongan
yang mempunyai kaitan dengan istana. Contohnya ialah seperti Sultan, para
pahlawan atau orang besar istana (pendekar, hulubalang, pemilik yang
berani mati untuk mempertahankan kedudukannya dan lain-lain). Berdasarkan
kepada sejarah, bukan semua orang Melayu memiliki keris. Hampir kebanyakan
masyarakat kampung pada zaman tradisional tidak memiliki keris.
Walaubagaimanapun parang merupakan besi yang sering dibawa ke mana-mana
sahaja oleh masyarakat tradisional sama ada sebagai senjata mahupun
perkara-perkara lain.
Apabila seseorang mempelajari
keris bermakna individu itu sedang berjalan untuk mengenal Allah dengan lebih
hampir. Keris seharusnya dijadikan pengukuh bagi mendekatkan diri dengan
Allah bukan SYIRIK kepada Allah. Terdapat beberapa jalan untuk belajar keris.seperti jalan silat dan jalan
keempuan.
Bangsa Melayu merupakan suatu
bangsa yang sangat hebat kerana bangsa Melayu memiliki kerisnya sendiri.
Dikatakan empu pertama di dunia ialah Nabi Daud. Beliau dipercayai menjadi
manusia pertama yang mengempu senjata dari besi.
Pada
hari ini, keris telah dijadikan sebagai ikon warisan kebanggaan
masyarakat Melayu.
Comments
Post a Comment