Copy Writing



Pada hari ini, pengaplikasian kaedah copywriting adalah sangat penting khasnya dalam bidang pemasaran produk-produk jualan yang menggunakan sistem on-line atau internet. Kaedah copy writing telah menjadi pilihan ramai penjual produk yang mempercayai keberhasilan pemasaran menggunakan sistem I.T dalam mempromosikan produk jualan.

Kaedah ini dilihat sangat bagus dan praktikal kerana ia akan membangkitkan keterujaan pembaca untuk terus membaca seterusnya membangkitkan rasa ingin memiliki produk yang dijual.

Kini, pelbagai produk yang dijual di pasaran telah mengadaptasi kaedah ini yang terdiri dari pelbagai kriteria dan kategori. Ianya termasuklah barangan elektronik, kelengkapan rumah, produk kecantikan, kesihatan, pakaian, aksesori automobil dan banyak lagi.

Apa yang amat dititikberatkan dalam penulisan ini ialah dari sudut gaya, teknik mahupun cara penulisan dalam penyampaian iklan produk berkenaan. Seseorang penjual yang menggunakan kaedah copy writing hendaklah berani menulis dari hati.

Hal ini adalah kerana sentuhan kreatif dan kritis dari hati penjual ditambah pula dengan respon testimoni yang berpuas hati akan produk tersebut akan dapat menarik lebih ramai pembaca untuk terus membeli dan mendapatkan produk yang dianggap ‘hot’ tersebut. Lebih menarik lagi, sekiranya kaedah copy writing ini berkesan, ia akan membawa kepada perasaan tidak sabar dan teruja seseorang pembeli untuk memiliki produk tersebut.

Kebiasaannya, seseorang penjual produk akan menjadi lebih mudah berjaya sekiranya dapat menguasai teknik ini. 

Comments

Popular Posts