Dhuha
Solat ini banyak dikaitkan dengan rezeki yang melimpah-ruah.
Solatlah Dhuha kerana solat ini begitu banyak kelebihan dan keistimewaannya terutama sebagai pembuka rezeki bagi setiap hambaNya.
Bagi sesiapa yang masih belum pernah menjalankan salah satu ibadah sunat ini,
anda masih belum terlambat untuk menunaikannya.
Segala nyawa masih di badan, selagi ajal belum menjemput kita, kita berpeluang untuk menimba pahala atas amalan-amalan dari ibadah-ibadah sunat ini.
Jumlah rakaat bagi solat ini adalah 2, 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat.
Cara untuk menunaikan solat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu dengan 2 rakaat serta satu salam.
Niat bagi solat sunat dhuha adalah seperti di bawah:
Jumlah rakaat bagi solat ini adalah 2, 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat.
Cara untuk menunaikan solat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu dengan 2 rakaat serta satu salam.
Niat bagi solat sunat dhuha adalah seperti di bawah:

“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
2. Doa selesai solat Dhuha;

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”
Comments
Post a Comment